‘Aku akan mempertahankan takhtamu selama-lamanya, seorang keturunanmu akan sentiasa menjadi raja.’ ” Semua makhluk syurga memuji perbuatan-Mu yang ajaib, dan menyanyikan kesetiaan-Mu, ya TUHAN. Tiada sesiapa di langit yang seperti Engkau, ya TUHAN; tiada makhluk syurga yang setanding dengan Engkau. Engkau dihormati di sidang makhluk suci, dan sangat ditakuti oleh semua yang di sekeliling-Mu. Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, tiada yang berkuasa seperti Engkau; Engkau setia dalam segala hal, ya TUHAN. Engkau memerintah laut yang bergelora, Engkau menenangkan ombak yang melambung hebat. Engkau meremukkan dan membunuh Rahab, makhluk raksasa itu, dan Engkau mengalahkan musuh-Mu dengan kekuatan-Mu. Bumi dan langit milik-Mu, dunia dan segala isinya ciptaan-Mu; Engkau mencipta utara dan selatan; Gunung Tabor dan Gunung Hermon bersorak-sorai memuji-Mu. Betapa besarnya kuasa-Mu, dan betapa hebatnya kekuatan-Mu! Kerajaan-Mu berasaskan hukum dan keadilan; kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatan-Mu. Berbahagialah orang yang menyembah Engkau dengan nyanyian, orang yang hidup dalam cahaya hadirat-Mu, TUHAN. Sepanjang hari mereka bergembira, dan memuji Engkau kerana kebaikan-Mu.
Baca MAZMUR 89
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 89:5-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video