MAZMUR 86:2-7
MAZMUR 86:2-7 BM
Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu; selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu. Engkaulah Allahku; kasihanilah aku; sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu. Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu, kerana aku menaikkan doa kepada-Mu. Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang, Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu. Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah aku minta pertolongan. Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mu kerana Engkau mengabulkan doaku.