MAZMUR 86:2-7
MAZMUR 86:2-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu; selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu. Engkaulah Allahku; kasihanilah aku; sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu. Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu, kerana aku menaikkan doa kepada-Mu. Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang, Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu. Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah aku minta pertolongan. Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mu kerana Engkau mengabulkan doaku.
MAZMUR 86:2-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Peliharakanlah nyawaku, kerana aku suci. Engkau Allahku; selamatkanlah hamba-Mu yang percaya kepada-Mu. Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku berseru kepada-Mu sepanjang hari. Gembirakanlah jiwa hamba-Mu, kerana kepada-Mu, ya Tuhan, kuangkatkan jiwaku. Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu. Dengarlah, ya TUHAN, doaku; dan berilah perhatian kepada suara permohonanku. Dalam kesusahan aku akan berseru kepada-Mu, kerana Engkau akan menjawabku.