MAZMUR 82

82
Allah Raja yang Agung
1Mazmur Asaf.
Allah mengetuai sidang di syurga;
di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,
2“Jangan hakimi orang dengan tidak adil,
dan jangan berpihak kepada orang jahat.
3Belalah hak anak yatim dan orang lemah;
bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
4Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.
5Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu!
Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.
6 # Yoh 10.34 Aku berkata bahawa kamu ilahi,
bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.
7Namun kamu akan mati seperti manusia;
nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa.”
8Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia;
semua bangsa kepunyaan-Mu.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 82: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk