MAZMUR 71:1-3

MAZMUR 71:1-3 BM

Ya TUHAN, aku datang kepada-Mu untuk perlindungan; jangan biarkan aku dipermalukan. Kerana Engkau adil, tolonglah aku dan bebaskanlah aku. Dengarlah aku dan selamatkanlah aku! Jadilah perlindungan yang kukuh bagiku, serta kubu yang kuat untuk melindungi aku; Engkaulah penaung dan pembelaku.