MAZMUR 69:13-18
MAZMUR 69:13-18 BM
Aku menjadi buah mulut di tempat orang berkumpul, dan nyanyian orang mabuk adalah tentang aku. Tetapi bagiku, aku akan berdoa kepada-Mu, ya TUHAN; kabulkanlah doaku, ya Allah, menurut waktu-Mu. Kabulkan doaku demi kasih-Mu yang besar, kerana Engkau menepati janji untuk menyelamatkan aku. Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur; selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku, dan daripada air yang dalam. Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku; janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut, ataupun terbenam di dalam kubur. Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi; dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku! Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu; aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!


