MAZMUR 69:1-6

MAZMUR 69:1-6 BM

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung. Oleh Daud. Selamatkanlah aku, ya Allah! Air sudah naik ke leherku; aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam, dan tiada tempat berjejak; aku berada di air yang dalam, dan ombak pun hampir melemaskan aku. Aku letih berseru meminta pertolongan, dan kerongkongku sakit. Mataku pedih menantikan pertolongan-Mu. Orang yang membenci aku tanpa sebab, lebih banyak daripada rambut pada kepalaku. Musuhku memfitnah aku, mereka kuat dan mahu membunuh aku. Mereka memaksa aku menyerahkan barang-barang yang tidak aku curi. Ya Allah, dosa-dosaku tidak tersembunyi daripada-Mu, Engkau tahu betapa bodohnya aku.