MAZMUR 66

66
Lagu Pujian dan Kesyukuran
1Untuk pemimpin koir. Sebuah lagu.
Pujilah Allah dengan sorakan keriangan, hai umat manusia!
2Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya;
hormatilah dan pujilah Dia!
3Berkatalah kepada Allah, “Sungguh menakjubkan segala perbuatan-Mu!
Kuasa-Mu begitu besar sehingga musuh tunduk ketakutan di hadapan-Mu.
4Semua orang di bumi menyembah Engkau;
mereka bernyanyi untuk memuji nama-Mu.”
5Marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan Allah,
perbuatan-Nya yang ajaib antara manusia.
6 Dia mengubah laut menjadi tanah kering,
dan nenek moyang kami berjalan kaki menyeberanginya.
Di sana kami bersukacita kerana perbuatan-Nya.
7Dia memerintah dengan perkasa selama-lamanya,
dan Dia mengawasi bangsa-bangsa.
Janganlah sesiapa memberontak terhadap Dia!
8Pujilah Allah kami, hai semua bangsa,
biarlah orang mendengar pujian kamu kepada-Nya.
9Dia telah memelihara kami supaya tidak dibinasakan,
dan Dia tidak membiarkan kami dikalahkan.
10Ya Allah, Engkau telah menguji kami,
umpama perak dimurnikan dengan api.
11Engkau membiarkan kami jatuh ke dalam perangkap
dan memberi kami beban yang sangat berat.
12Engkau membiarkan musuh memijak-mijak kami;
kami melalui banjir dan api,
tetapi kini Engkau telah membawa kami
ke tempat yang makmur.
13Aku akan membawa korban ke Rumah-Mu;
aku akan menepati janjiku kepada-Mu,
14janji yang aku ucapkan,
ketika aku dalam kesusahan.
15Aku akan mempersembahkan ternakan yang digemukkan untuk dibakar di atas mazbah;
aku akan mempersembahkan korban lembu jantan dan kambing,
lalu asapnya akan naik ke langit.
16Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang menghormati Allah,
aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku.
17Aku berseru minta tolong kepada-Nya;
aku menyanyi dan memuji Dia.
18Andaikata aku membiarkan dosa dalam hatiku,
pasti Tuhan tidak akan mendengar aku.
19Tetapi sesungguhnya Allah sudah mendengar aku;
Dia telah mengabulkan doaku.
20Aku memuji Allah, kerana Dia tidak menolak doaku,
dan tidak berhenti mengasihi aku.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 66: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami