MAZMUR 52

52
Hukuman terhadap Orang Jahat
1Untuk pemimpin koir. Sajak Daud, 2 pada masa Doeg, orang Edom itu menghadap Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud sudah pergi ke rumah Abimelekh.
3Hai orang gagah, mengapa engkau membanggakan kejahatanmu
terhadap orang yang dikasihi Allah?
4Sepanjang hari engkau merancang kehancuran orang;
mulutmu setajam pisau cukur,
dan dusta sentiasa engkau karang.
5Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan,
dan lebih menyukai fitnah daripada kebenaran.
6Engkau suka menyakiti hati orang dengan kata-kata.
Engkau pendusta!
7Oleh itu, Allah akan memusnahkan engkau selama-lamanya;
Dia akan menangkap dan menarik engkau dari rumah;
Dia akan melenyapkan engkau dari dunia orang hidup.
8Orang salih akan melihat perbuatan ini dan berasa takut;
mereka akan mentertawakan engkau, dan berkata,
9“Lihat, inilah orang yang tidak berlindung kepada Allah,
tetapi yakin akan kekayaannya yang berlimpah,
dan mencari perlindungan dalam jenayah.”
10Tetapi aku umpama pokok zaitun yang tumbuh di Rumah Allah;
aku bergantung kepada kasih-Nya selama-lamanya.
11Ya Allah, aku akan sentiasa bersyukur kepada-Mu,
kerana segala perbuatan-Mu;
di tengah-tengah umat-Mu,
aku akan memberitakan kebaikan-Mu.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 52: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami