MAZMUR 50:10-15

MAZMUR 50:10-15 BM

kerana haiwan di hutan milik-Ku, dan juga lembu di atas ribuan bukit. Semua burung liar kepunyaan-Ku, juga semua makhluk hidup di padang. Jika Aku lapar, Aku tidak minta makanan daripada kamu, kerana dunia serta segala isinya milik-Ku. Adakah Aku makan daging lembu jantan, ataupun minum darah kambing? Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah, berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa. Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.”