MAZMUR 18:30-36

MAZMUR 18:30-36 BM

Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka. Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini, firman TUHAN dapat dipercayai. Dia umpama perisai bagi semua orang yang berlindung kepada-Nya. TUHAN satu-satunya Allah; hanya Allah pembela kita. Dialah Allah yang menguatkan aku, dan menjadikan jalanku aman. Dia menguatkan kakiku seperti kaki rusa; Dia menjaga keselamatanku di pergunungan. Dia melatih aku untuk berperang, supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat. Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku; pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung dan kuasa-Mu memelihara keselamatanku.
BM: Alkitab Berita Baik
Kongsi

MAZMUR 18:30-36

Kongsi