MAZMUR 111
BM
111
Pujian bagi TUHAN
1Pujilah TUHAN!
Dengan sepenuh hati aku akan bersyukur kepada TUHAN
dalam perhimpunan umat-Nya.
2Sungguh menakjubkan perbuatan yang dilakukan TUHAN;
semua orang yang menyukai perbuatan itu merenungkannya.
3Segala perbuatan TUHAN agung dan terpuji;
kebaikan-Nya kekal abadi.
4TUHAN tidak membiarkan kita melupakan perbuatan-Nya yang menakjubkan;
Dia pengasih dan penyayang.
5Dia memberikan makanan kepada orang yang menghormati Dia;
Dia tidak pernah melupakan perjanjian-Nya.
6Dia telah menunjukkan kuasa-Nya kepada umat-Nya,
dengan memberi mereka tanah pusaka bangsa asing.
7Dia setia dan adil dalam segala perbuatan-Nya;
segala perintah-Nya dapat dipercayai.
8Perintah-Nya bertahan sepanjang masa;
Dia memberikan perintah-Nya secara benar dan adil.
9Dia menyelamatkan umat-Nya,
dan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka.
Dia suci dan perkasa!
10 # Ayb 28.28; Ams 1.7, 9.10 Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN;#Cara...TUHAN; atau Yang paling penting dalam kebijaksanaan adalah menghormati TUHAN.
Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya.
Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!

Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia

Copyright © 1996, The Bible Society of Malaysia

Ketahui Lebih Lanjut tentang Alkitab Berita Baik