MATIUS 24:42-44
MATIUS 24:42-44 BM
Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang. Ingatlah hal ini! Jika tuan rumah mengetahui waktunya pencuri hendak datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membenarkan pencuri memasuki rumahnya. Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”