MATIUS 24:42-44
MATIUS 24:42-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang. Ingatlah hal ini! Jika tuan rumah mengetahui waktunya pencuri hendak datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membenarkan pencuri memasuki rumahnya. Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”
MATIUS 24:42-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu, handaklah kamu bŭrjaga, kŭrna tiada kamu kŭtahui pada waktu yang manakah Tuhanmu itu akan datang. Tŭtapi handaklah kamu mŭngtahui, jikalau orang yang ampunya rumah sudah tahu pada kutika yang mana pŭnchuri akan datang, nŭschaya bŭrjagalah iya, maka tiadalah dibrikannya rumahnya dipŭchahkannya. Maka sŭbab itu, handaklah kamu ini bŭrlangkap, kŭrna anak manusia itu kŭlak akan datang pada waktu yang tiada kamu sangka.
MATIUS 24:42-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhanmu datang. Ingatlah: Sekiranya tuan rumah mengetahui bila masanya pencuri akan datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk. Kamu juga hendaklah sentiasa bersedia. Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”