YEREMIA 30

30
Janji TUHAN kepada Umat-Nya
1TUHAN, Allah Israel, 2berfirman kepadaku, “Tulislah di dalam sebuah kitab semua yang telah Kufirmankan kepadamu, 3kerana masanya akan tiba apabila Aku memulihkan keadaan umat-Ku, Israel dan Yehuda. Aku akan membawa mereka kembali ke negeri yang telah Kuberikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
4TUHAN berfirman kepada umat Israel dan Yehuda,
5“Aku telah mendengar
jeritan orang yang gentar,
jeritan orang yang ketakutan,
yang tidak mempunyai ketenteraman.
6Cubalah fikir dan selidiki!
Dapatkah lelaki melahirkan bayi?
Jika tidak, mengapa Aku nampak setiap lelaki
berwajah pucat pasi
dan memegang perutnya dengan tangan
seperti wanita yang hendak melahirkan anak?
7Hari yang dahsyat akan tiba,
hari yang tiada bandingnya.
Bagi umat-Ku, itulah hari yang mencemaskan mereka,
tetapi mereka akan diselamatkan.”
8TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Apabila hari itu tiba, kok yang dipasang pada tengkuk kamu akan Kupatahkan, dan belenggu kamu akan Kulepaskan. Kamu tidak akan menjadi hamba orang bangsa asing lagi. 9Kamu akan mengabdi kepada-Ku, TUHAN, Allah kamu, dan mengabdi kepada seorang keturunan Daud yang akan Kulantik sebagai raja.
10Hai umat-Ku, jangan takut!
Hai umat Israel, jangan gentar!
Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh,
dari negeri tempat kamu ditawan oleh musuh.
Kamu akan pulang ke negeri kamu dan hidup dengan aman.
Kamu akan selamat,
dan tiada orang akan menakutkan kamu.
11 Aku akan datang dan menyelamatkan kamu.
Aku akan membinasakan semua bangsa
tempat Aku mencerai-beraikan kamu,
tetapi Aku tidak akan membinasakan kamu.
Aku tidak akan melepaskan kamu daripada hukuman,
tetapi Aku akan berlaku adil apabila menghukum kamu.
Aku, TUHAN, telah berfirman.”
12TUHAN berfirman kepada umat-Nya,
“Luka kamu sangat parah,
kecederaan kamu tiada ubatnya.
13Tiada seorang pun sudi merawat kamu,
tiada ubat untuk bisul-bisul kamu,
tiada harapan untuk sembuh bagi kamu.
14Semua kekasih kamu telah melupakan kamu;
mereka tidak lagi mempedulikan kamu.
Seperti musuh, Aku telah menyerang kamu,
hukuman yang berat telah menimpa kamu
kerana dosa kamu banyak sangat
dan kejahatan kamu amat dahsyat.
15Jangan lagi bersungut tentang luka kamu,
kerana bagi kamu tiada harapan untuk sembuh.
Aku menghukum kamu dengan cara itu,
kerana dosa kamu banyak sangat
dan kejahatan kamu amat dahsyat.
16Tetapi sekarang semua yang menelan kamu akan ditelan,
dan semua musuh kamu akan dibawa pergi sebagai tawanan.
Semua orang yang menindas kamu akan ditindas,
dan semua orang yang merompak kamu akan dirompak.
17Walaupun musuh kamu berkata,
‘Sion telah dibuang,
dan tiada yang mempedulikannya,’
namun Aku akan menjadikan kamu sihat kembali,
dan luka-luka kamu akan Kuubati.”
18TUHAN berfirman,
“Aku akan mengembalikan umat-Ku ke negeri mereka
dan mengasihani setiap keluarga;
Yerusalem akan dibina lagi,
dan istananya diperbaiki.
19Penduduknya akan memuji Aku dengan nyanyian,
dan bersorak-sorai dengan kesukaan.
Dengan berkat-Ku bilangan mereka akan bertambah;
berkat-Ku akan mendatangkan kehormatan kepada mereka.
20Aku akan menjadikan bangsa itu berkuasa seperti dahulu,
dan mengukuhkan mereka semula.
Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka.
21-22Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka,
raja mereka berasal daripada kaum mereka.
Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia,
kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput?
Mereka akan menjadi umat-Ku
dan Aku menjadi Allah mereka.
Aku, TUHAN, telah berfirman.”
23-24Kemurkaan TUHAN bagaikan angin ribut, umpama angin kencang yang mengamuk dan melanda orang jahat, dan tidak akan reda sebelum segala niat hati-Nya dilaksanakan. Umat-Nya akan memahami hal itu pada kemudian hari.

Terpilih Sekarang Ini:

YEREMIA 30: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami