YEREMIA 30:17-22
YEREMIA 30:17-22 BM
Walaupun musuh kamu berkata, ‘Sion telah dibuang, dan tiada yang mempedulikannya,’ namun Aku akan menjadikan kamu sihat kembali, dan luka-luka kamu akan Kuubati.” TUHAN berfirman, “Aku akan mengembalikan umat-Ku ke negeri mereka dan mengasihani setiap keluarga; Yerusalem akan dibina lagi, dan istananya diperbaiki. Penduduknya akan memuji Aku dengan nyanyian, dan bersorak-sorai dengan kesukaan. Dengan berkat-Ku bilangan mereka akan bertambah; berkat-Ku akan mendatangkan kehormatan kepada mereka. Aku akan menjadikan bangsa itu berkuasa seperti dahulu, dan mengukuhkan mereka semula. Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka. Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka, raja mereka berasal daripada kaum mereka. Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia, kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput? Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku menjadi Allah mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”