TUHAN berfirman, “Aku akan mencipta langit yang baru dan bumi yang baru. Peristiwa-peristiwa yang lalu akan dilupakan sama sekali. Bergiranglah dan bersukacitalah selama-lamanya kerana apa yang Aku ciptakan. Yerusalem baru yang Aku cipta akan penuh kegembiraan dan penduduknya akan bahagia. Aku sendiri akan bersukacita kerana Yerusalem dan penduduknya. Di sana tiada lagi tangisan ataupun seruan minta tolong. Anak-anak tidak akan mati ketika masih bayi, dan orang akan panjang umur. Mereka yang berusia seratus tahun akan dianggap muda. Sesiapa yang mati sebelum seratus tahun akan dianggap kena hukuman-Ku. Orang yang membina rumah akan mendiaminya; rumah-rumah itu tidak akan didiami orang lain. Mereka yang menanam pokok anggur akan menikmati hasilnya; hasil itu tidak akan dinikmati orang lain. Umat-Ku akan panjang umur seperti pokok. Mereka akan puas menikmati hasil usaha mereka. Usaha mereka akan berjaya, dan anak mereka tidak akan ditimpa malapetaka. Aku akan memberkati mereka dan keturunan mereka selama-lamanya. Sebelum mereka habis berdoa, Aku sudah mengabulkan doa mereka. Serigala dan anak domba akan makan bersama-sama, singa akan makan jerami seperti lembu, dan ular tidak berbahaya lagi. Di Sion, bukit-Ku yang suci, tidak lagi terdapat perkara yang berbahaya ataupun jahat.”
Kongsi
Baca YESAYA 65
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video