1 TAWARIKH 3
BM

1 TAWARIKH 3

3
Putera dan Puteri Raja Daud
1-3Inilah senarai nama putera-putera Raja Daud, yang dilahirkan di Hebron, menurut urutan umur mereka:
Amnon - ibunya bernama Ahinoam dari Yizreel
Daniel - ibunya bernama Abigail dari Karmel
Absalom - ibunya bernama Maakha, puteri Raja Talmai dari Gesur
Adonia - ibunya bernama Hagit
Sefaca - ibunya bernama Abital
Yitream - ibunya bernama Egla
4 # 2 Sam 5.4-5; 1 Raj 2.11; 1 Taw 29.27 Keenam-enam orang putera Raja Daud itu dilahirkan di Hebron ketika Raja Daud memerintah di sana selama tujuh tahun setengah.
Di Yerusalem, Raja Daud memerintah sebagai raja selama tiga puluh tiga tahun, 5#2 Sam 11.3 dan banyak putera baginda dilahirkan di sana.
Isteri baginda, Batsyeba anak Amiel, melahirkan empat orang putera di Yerusalem. Mereka bernama Simea, Sobab, Natan, dan Salomo.
6Raja Daud mempunyai sembilan orang putera lain: Yibhar, Elisua, Elifelet, 7Nogah, Nefeg, Yafia, 8Elisama, Elyada, dan Elifelet. 9Selain daripada mereka, Raja Daud mempunyai putera-putera daripada gundik-gundiknya. Raja Daud juga mempunyai seorang puteri bernama Tamar.
Keturunan Raja Salomo
10Inilah jurai keturunan Raja Salomo daripada bapa kepada anak lelaki: Salomo, Rehabeam, Abia, Asa, Yosafat, 11Yehoram, Ahazia, Yoas, 12Amazia, Uzia, Yotam, 13Ahas, Hizkia, Manasye, 14Amon, dan Yosia. 15Yosia mempunyai empat orang anak lelaki: Yohanan, Yoyakim, Zedekia, dan Yoahas. 16Yoyakim mempunyai dua orang anak lelaki, Yoyakhin dan Zedekia.
Keturunan Raja Yoyakhin
17Inilah keturunan Raja Yoyakhin, raja yang ditawan oleh orang Babilonia. Yoyakhin mempunyai tujuh orang anak lelaki: Sealtiel, 18Malkhiram, Pedaya, Syenazar, Yekamya, Hosama, dan Nedabya. 19Pedaya mempunyai dua orang anak lelaki, Zerubabel dan Simei. Zerubabel mempunyai dua orang anak lelaki bernama Mesulam dan Hananya, dan seorang anak perempuan bernama Selomit. 20Zerubabel mempunyai lima orang anak lelaki lain: Hasuba, Ohel, Berekhya, Hasaja, dan Yusab-Hesed.
21Hananya mempunyai dua orang anak lelaki, Pelaca dan Yesaya. Yesaya bapa Refaya, Refaya bapa Arnan, Arnan bapa Obaja, dan Obaja bapa Sekanya. 22Sekanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Semaya. Semaya mempunyai lima orang anak lelaki: Hatus, Yigal, Bariah, Nearya, dan Safat. 23Nearya mempunyai tiga orang anak lelaki: Elyoenai, Hizkia, dan Azrikam. 24Elyoenai mempunyai tujuh orang anak lelaki: Hodawya, Elyasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani.

Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia

Copyright © 1996, The Bible Society of Malaysia

Ketahui Lebih Lanjut tentang Alkitab Berita Baik