1 TAWARIKH 3:4-9

1 TAWARIKH 3:4-9 BM

Keenam-enam orang putera Raja Daud itu dilahirkan di Hebron ketika Raja Daud memerintah di sana selama tujuh tahun setengah. Di Yerusalem, Raja Daud memerintah sebagai raja selama tiga puluh tiga tahun, dan banyak putera baginda dilahirkan di sana. Isteri baginda, Batsyeba anak Amiel, melahirkan empat orang putera di Yerusalem. Mereka bernama Simea, Sobab, Natan, dan Salomo. Raja Daud mempunyai sembilan orang putera lain: Yibhar, Elisua, Elifelet, Nogah, Nefeg, Yafia, Elisama, Elyada, dan Elifelet. Selain daripada mereka, Raja Daud mempunyai putera-putera daripada gundik-gundiknya. Raja Daud juga mempunyai seorang puteri bernama Tamar.
BM: Alkitab Berita Baik
Kongsi