Mazmur 98:1-9

Mazmur 98:1-9 AVB

Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru, kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan; tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci telah membawa kemenangan untuk-Nya. TUHAN telah memberitahu tentang penyelamatan-Nya, dan perbenaran-Nya telah ditunjukkan-Nya kepada bangsa-bangsa. Dia telah ingat akan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel; semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah. Bersorak rianglah kepada TUHAN, seluruh bumi, menyanyilah, bergembiralah, dan nyanyikanlah pujian; menyanyilah kepada TUHAN dengan kecapi, dengan kecapi dan nyanyian mazmur, dengan nafiri dan sangkakala — bersorak rianglah ke hadirat TUHAN, Raja kita. Biarlah laut menderu, dan segala yang dalamnya, dunia dan semua penghuninya. Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan, biarlah bukit-bukau berbahagia bersama-sama di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama.

Imej Ayat untuk Mazmur 98:1-9

Mazmur 98:1-9 - Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru,
kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan;
tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci
telah membawa kemenangan untuk-Nya.
TUHAN telah memberitahu tentang penyelamatan-Nya,
dan perbenaran-Nya telah ditunjukkan-Nya kepada bangsa-bangsa.
Dia telah ingat akan kasih-Nya
dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel;
semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah.
Bersorak rianglah kepada TUHAN, seluruh bumi,
menyanyilah, bergembiralah, dan nyanyikanlah pujian;
menyanyilah kepada TUHAN dengan kecapi,
dengan kecapi dan nyanyian mazmur,
dengan nafiri dan sangkakala —
bersorak rianglah ke hadirat TUHAN, Raja kita.
Biarlah laut menderu, dan segala yang dalamnya,
dunia dan semua penghuninya.
Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan,
biarlah bukit-bukau berbahagia bersama-sama
di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi.
Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia
dan kaum-kaum dengan saksama.