Mazmur 85

85
Untuk pemimpin muzik.
Mazmur suku Korah.
1TUHAN, Engkau telah meredai tanah-Mu;
Engkau telah membawa Yakub pulang daripada tawanan.
2Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu;
Engkau telah menghapuskan semua dosa mereka. Sela
3Engkau telah menarik balik segala kemurkaan-Mu;
Engkau telah berpaling daripada nyala kemarahan-Mu.
4Pulihkanlah kami, ya Allah Penyelamat kami,
dan padamkanlah kemarahan-Mu terhadap kami.
5Akan marahkah Engkau kepada kami selama-lamanya?
Akan Kauteruskankah kemarahan-Mu turun-temurun?
6Tidakkah Engkau mahu memulihkan kami, supaya umat-Mu dapat bergembira kerana-Mu?
7Tunjukkanlah kasih setia-Mu kepada kami, ya TUHAN,
dan kurniai kami penyelamatan-Mu.
8Aku akan mendengar firman Allah, TUHAN;
kerana Dia akan melafazkan sejahtera kepada umat-Nya dan orang warak-Nya —
tetapi janganlah mereka kembali kepada kebodohan mereka.
9Sesungguhnya, penyelamatan-Nya dekat kepada mereka yang takut kepada-Nya,
supaya kemuliaan menetap di tanah kita.
10Kasih sayang dan kesetiaan telah bertemu;
perbenaran#85:10 Rangkai kata ‘Perbenaran’ yang diterjemahkan drpd perkataan Ibrani, ‘tsedaqah’ merujuk kepada sifat-sifat Tuhan yang tulus, benar, baik dan adil. dan sejahtera telah berdakapan.
11Kesetiaan akan muncul dari bumi,
dan perbenaran akan memandang ke bawah dari syurga.
12Ya, TUHAN akan memberikan apa yang baik,
dan tanah kita akan bertambah makmur.
13Perbenaran akan berjalan di hadapan-Nya
dan menjadikan jejak langkah-Nya jalan untuk kita turuti.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 85: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami