Mazmur 55:12-20
Mazmur 55:12-20 AVB
Bukan musuh yang mengecamku, kalau musuh, masih dapat kutanggung; bukan pembenciku yang bangkit menentangku, kalau pembenciku, masih dapat aku bersembunyi. Tetapi kamu yang melakukannya, rakan sebayaku, temanku, kawanku, dahulu kita berbincang mesra dan berjalan seiring ke Rumah Allah di tengah-tengah orang ramai. Biar maut menyambar mereka; biar mereka turun hidup-hidup ke neraka, kerana kejahatan meliputi tempat tinggal dan perhimpunan mereka. Aku akan berseru kepada Allah, dan TUHAN akan menyelamatkan aku. Petang, pagi dan tengah hari aku akan berdoa dan meratap kuat, dan Dia akan mendengar suaraku. Dia telah menyelamatkan nyawaku dan membawaku pulang dengan selamat dari medan perang, padahal musuhku begitu ramai. Allah yang wujud selama-lamanya, Allah akan mendengar dan menghukum mereka — Sela kerana mereka tidak mengubah kelakuan, nyatalah mereka tidak takut akan Allah. Bekas sahabatku itu telah menyerang orang yang hidup berbaik-baik dengannya; dia telah memungkiri janjinya.

