Mazmur 5

5
Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan seruling. Mazmur Daud.
1Dengarlah kata-kataku, ya TUHAN,
pertimbangkan keluhanku.
2Dengarlah jeritanku meminta tolong,
wahai Rajaku dan Allahku,
kerana kepada-Mu aku berdoa.
3Pada waktu pagi, ya TUHAN, Kaudengar suaraku;
pada waktu pagi kulafazkan permohonanku ke hadirat-Mu lalu menanti dengan harapan.
4Engkau bukanlah Allah yang suka akan kejahatan;
dengan-Mu orang zalim tidak dapat tinggal.
5Orang angkuh tidak dapat berdiri di hadirat-Mu;
Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.
6Engkau membinasakan orang yang berdusta;
orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya dibenci oleh TUHAN.
7Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,
akan masuk ke rumah-Mu;
dengan sepenuh hormat aku akan tunduk ke arah Bait Suci-Mu.
8Pimpinlah aku, ya TUHAN, dalam perbenaran-Mu#5:8 Rangkai kata ‘Perbenaran-Mu’ yang diterjemahkan drpd perkataan Ibrani, ‘tsedaqah’ merangkumi maksud kehendak Tuhan bagi umat-Nya serta sifat-Nya yang benar dan adil.
kerana musuh-musuhku —
luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.
9 # Rm 3:13. Tiada sepatah kata pun daripada mulut mereka dapat dipercayai;
hati mereka dipenuhi pembinasaan.
Kerongkong mereka seperti kubur terbuka;
lidah mereka menuturkan tipu daya.
10Isytiharkan mereka bersalah, ya Allah!
Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka.
Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,
kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.
11Tetapi biarlah semua orang yang bernaung kepada-Mu bersukacita;
biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.
Berilah mereka perlindungan-Mu,
supaya orang yang mengasihi nama-Mu dapat bersukacita dalam-Mu.
12Kerana, ya TUHAN, tentulah Engkau memberkati orang yang benar;
Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu seperti dengan perisai.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 5: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami