Mazmur 146

146
1Pujilah TUHAN!
Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.
2Selagi aku hidup, aku akan memuji TUHAN;
aku akan menyanyikan pujian untuk Allahku selagi aku masih wujud.
3Janganlah sandarkan kepercayaanmu kepada raja-raja,
atau kepada anak manusia kerana pertolongan bukanlah daripadanya.
4Rohnya pergi, dia kembali menjadi tanah;
pada hari itu juga semua rancangannya musnah.
5Diberkatilah orang yang ditolong oleh Allah Yakub,
yang berharap kepada TUHAN Allahnya,
6 # Kis 4:24; 14:15. yang telah menjadikan langit dan bumi,
laut, dan segala yang di dalamnya — Dia tetap setia selama-lamanya.
7Dia menjalankan keadilan bagi mereka yang ditindas;
Dia memberi makanan kepada mereka yang lapar.
TUHAN memberi kebebasan kepada mereka yang dipenjarakan,
8TUHAN mencelikkan mata orang buta, TUHAN menegakkan mereka yang tersungkur,
TUHAN mengasihi orang yang benar.
9TUHAN menaungi orang asing
Dia membantu anak yatim dan balu, tetapi usaha orang zalim dihancurkan-Nya.
10TUHAN akan memerintah selama-lamanya,
Allahmu, wahai Sion, turun-temurun zaman-berzaman.
Pujilah TUHAN!

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 146: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami