Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan, TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang. TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku? TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku. Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku. Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN daripada meletakkan keyakinan kepada manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN daripada percaya kepada raja-raja. Semua bangsa telah mengepungku, namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka. Mereka telah mengepungku, namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka. Mereka telah mengepungku seperti lebah, mereka dihapuskan seperti api daripada duri; kerana dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka. Aku ditolak dengan ganas supaya aku tersungkur, tetapi TUHAN menolongku. TUHAN adalah kekuatan dan nyanyianku; dan Dia telah menjadi penyelamatanku.
Baca Mazmur 118
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 118:5-14
4 Days
God’s voice can come like a gentle whisper or the gale of a hurricane. The key is to recognize it, however it comes—and to trust that He is good, that He is bigger than any of our struggles. Start this four-day plan and begin learning how to encounter Him, His voice, His presence —and join the many men and women experiencing Rush | Holy Spirit in Modern Life.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video