Bersyukurlah kepada TUHAN kerana kebaikan-Nya; kasih-Nya kekal selama-lamanya. Biarlah Israel berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.” Biarlah keturunan Harun berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.” Biarlah mereka yang takut akan TUHAN berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.” Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan, TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang. TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku? TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku. Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku. Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN daripada meletakkan keyakinan kepada manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN daripada percaya kepada raja-raja.
Baca Mazmur 118
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 118:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video