Mazmur 107

107
1 # 1Taw 16:34; 2Taw 5:13; 7:3; Ezr 3:11; Mzm 100:5; 106:1; 118:1; 136:1; Yer 33:11. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya;
kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.
2Biarlah mereka yang ditebus oleh TUHAN berkata demikian —
mereka yang telah ditebus-Nya daripada tangan musuh,
3dan dikumpulkan-Nya dari negeri-negeri,
dari timur dan dari barat, dari utara dan dari selatan.
4Mereka telah merayau di gurun dalam kehampaan,
mereka tidak dapat mencari kota untuk didiami.
5Lapar dan dahaga,
jiwa mereka tidak bermaya.
6Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka,
dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.
7Lalu Dia memandu mereka di jalan yang betul
supaya mereka dapat pergi ke sebuah kota dan tinggal di situ.
8Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya
dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia,
9kerana Dia memuaskan jiwa yang penuh kerinduan,
dan mengenyangkan jiwa yang lapar dengan kebaikan.
10Mereka yang duduk dalam kegelapan dan bayangan maut,
dibelenggu dengan derita serta rantai besi,
11kerana mereka telah memberontak terhadap firman Allah
dan menghina bimbingan Yang Maha Tinggi.
12Oleh itu, Dia menundukkan hati mereka dengan kerja teruk;
mereka jatuh tersungkur, dan tiada siapa yang menolong.
13Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka,
dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.
14Dia membawa mereka keluar daripada kegelapan dan bayangan maut
dan menghancurkan rantai pengikat mereka.
15Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya
dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia,
16kerana Dia telah memecahkan pintu-pintu pagar gangsa
dan memotong palang-palang besi sehingga patah dua.
17Orang yang bodoh, kerana keingkaran mereka
dan kerana dosa mereka, telah ditimpa kesakitan.
18Jiwa mereka membenci segala jenis makanan,
maka mereka hampir ke pintu maut.
19Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka,
dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.
20Dia menghantar firman-Nya dan menyembuhkan mereka;
serta melepaskan mereka daripada kemusnahan.
21Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya
dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia.
22Biarlah mereka mempersembahkan korban-korban kesyukuran
dan mengisytiharkan hasil-hasil kerja-Nya sambil bergembira.
23Mereka yang turun ke laut menaiki kapal;
yang berurusan di lautan luas.
24Mereka melihat hasil-hasil kerja TUHAN,
dan keajaiban-Nya di lautan dalam.
25Kerana Dia memerintahkan angin ribut bertiup
dan meninggikan gelombang-gelombang laut.
26Mereka naik ke arah langit, mereka turun ke laut dalam;
jiwa mereka lebur dalam kesusahan.
27Mereka terumbang-ambing dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk,
dan kehilangan akal.
28Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka,
dan Dia membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka.
29Dia menenangkan ribut;
maka laut tidak bergelora lagi.
30Maka mereka bersukacita kerana telah tenang,
lalu Dia memandu mereka ke tempat berteduh yang diingini mereka.
31Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya
dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia.
32Biarlah mereka meninggikan-Nya juga dalam perhimpunan orang
dan memuji-Nya dalam kalangan tua-tua.
33Dia menukar sungai menjadi gurun,
dan mata air menjadi tanah kering,
34 # Sir 39:23. tanah yang subur menjadi tandus,
kerana kezaliman mereka yang tinggal di situ.
35Dia menukar gurun menjadi kolam-kolam air
dan tanah kering menjadi mata air;
36di sana Dia menempatkan orang yang kelaparan,
supaya mereka membina kota sebagai tempat tinggal.
37Dan menyemai benih di ladang dan menanam anggur di kebun
untuk mendapat hasil yang mewah;
38Dia juga memberkati mereka, lalu mereka beranak-pinak dengan ramainya,
dan Dia tidak membiarkan lembu ternakan mereka berkurangan.
39Apabila mereka dijadikan kecil dan lemah
dengan penindasan, derita serta kesedihan,
40Dia mencurahkan kehinaan ke atas orang bangsawan
dan membuat mereka merayau di gurun serta sesat di situ.
41Sebaliknya, Dia mengangkat tinggi orang sesak jauh daripada derita
dan menjadikan keluarga mereka seperti kawanan domba.
42Orang yang tulus melihatnya dan bersukacita,
serta seluruh kejahatan membisu.
43Sesiapa yang bijaksana akan memerhatikan semua ini
dan akan mengerti kasih TUHAN.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 107: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami