Hai anakku, dengarlah dan terimalah kata-kataku, supaya banyak pula tahun hidupmu. Aku telah menunjukkan kepadamu jalan hikmah, dan aku telah membimbingmu di jalan-jalan yang lurus. Apabila engkau berjalan, langkahmu tidak akan terhalang, dan jika engkau berlari, engkau tidak akan tersandung. Peganglah didikan, jangan lepaskan; peliharalah ia, kerana ia hidupmu. Jangan masuki lorong orang durjana, dan jangan ikuti jalan orang yang jahat. Jauhilah jalan itu, jangan lalui. Menyimpanglah dari jalan itu, dan teruskanlah perjalananmu. Kerana mereka itu tidak dapat tidur selagi mereka belum melakukan kejahatan, dan mereka tidak mungkin lena jika belum membuat seseorang tersandung. Mereka makan roti kedurjanaan dan minum air anggur keganasan. Sebaliknya jalan orang benar seperti cahaya fajar, yang semakin benderang hingga puncak siang hari. Jalan orang durjana pula seperti kegelapan yang pekat; lantas mereka tidak tahu apa yang membuat mereka tersandung.
Baca Amsal 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 4:10-19
28 Days
Do you feel overwhelmed, dissatisfied, and stuck in a rut? Wishing your day-to-day life could improve? God's Word is your guide to brighter days. During this 28-day reading plan, you will discover ways you can go from living just a good life to living the type of better life that God desires you to have.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video