Bilangan 33:50-56

Bilangan 33:50-56 AVB

Di tempat itu, iaitu di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho, TUHAN berfirman kepada Musa, “Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka, ‘Setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan menuju Tanah Kanaan, usirlah seluruh penduduk negeri itu dari hadapanmu dan musnahkanlah segala batu berukir mereka. Musnahkanlah juga segala patung tuangan mereka dan punahkanlah segala bukit pemujaan mereka. Dudukilah negeri itu dan tinggallah di sana, kerana kepadamu telah Kukurniakan negeri itu untuk kamu duduki. Kemudian bahagi-bahagikanlah negeri itu menurut kaum yang ada padamu dengan cara mencabut undi. Kepada suku yang besar jumlahnya berikanlah harta pusaka yang lebih besar, manakala kepada suku yang kecil jumlahnya berikanlah harta pusaka yang lebih kecil. Di mana pun undi itu jatuh bagi mereka, di situlah bahagian mereka. Hendaklah kamu mendapat harta pusaka menurut suku-suku bapa leluhurmu. Akan tetapi, jika kamu tidak mengusir penduduk tempatan negeri itu dari hadapanmu, maka orang yang kamu tinggalkan hidup daripada kalangan mereka akan menjadi seperti onak di matamu dan duri di rusuk kamu. Mereka akan menyusahkan kamu di negeri yang kamu diami. Jika demikian, Aku akan melakukan rancangan terhadap mereka seperti yang Kurancangkan terhadap kamu.’ ”