Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. Dia pun mula mengajar mereka: “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.”
Baca Matius 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Matius 5:1-12
21 Days
Start your new year with a focus on the spiritual discipline of fasting. This plan includes several passages about fasting and others that encourage reflection and closeness to God. For 21 days, you'll get a daily Bible reading, a brief devotional, reflection questions, and a prayer focus. For more content, check out www.finds.life.church.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video