Imamat 18:24-30
Imamat 18:24-30 AVB
Jangan najiskan dirimu dengan semua itu, kerana bangsa-bangsa yang akan Kuusir dari hadapanmu telah menajiskan diri mereka dengan semua hal itu. Bumi itu juga menjadi najis lalu Aku menghukum dosanya sehingga negeri itu memuntahkan penduduknya. Akan tetapi, kamu, baik warga asli mahupun pendatang yang tinggal dalam kalangan kamu, mesti berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku dan peraturan-Ku. Jangan lakukan satu pun daripada segala hal keji itu, kerana penduduk negeri ini sebelum kamu telah melakukan segala hal keji itu sehingga bumi itu menjadi najis. Jika kamu menajiskannya, maka negeri itu akan memuntahkan kamu, sebagaimana bangsa yang tinggal sebelum kamu dimuntahkannya. Sesiapa pun yang melakukan satu sahaja daripada segala hal keji itu hendaklah disingkirkan daripada kalangan bangsanya. Maka peganglah dengan teguh segala kewajipanmu terhadap Aku dan jangan lakukan satu pun daripada segala perbuatan keji yang dilakukan oleh warga sebelum kamu. Jangan najiskan dirimu dengan semua itu. Akulah TUHAN, Allahmu.’ ”

