Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar. Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, akan tiba saatnya, malah sudah pun sampai, ketika orang mati mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengar suara-Nya akan hidup. Bapa sumber hidup, maka Dia menjadikan Anak-Nya juga sumber hidup. Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya, kerana Dia itu Anak Manusia. Janganlah hairan mendengar hal ini kerana akan sampai saatnya bagi semua orang di dalam kubur mendengar suara-Nya. Mereka akan terus bangkit dari kubur. Orang yang berbuat baik akan bangkit untuk mendapat hidup kekal dan orang yang berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.”
Baca Yohanes 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 5:24-29
4 Days
God wants you to KNOW you are saved and will go to heaven! Your assurance grows through encountering God and meditating on His Word. The following verses, when memorized, can help you rest assured in God in all of your days. Let your life be transformed by memorizing Scripture!
5 hari
Betul-Betul Mengagumkan: KEBENARAN YANG PALING AJAIB—HANYA DENGAN BERFIKIR BAHAWA YESUS MENGASIHIKU. Ikuti rancangan pembacaan 5 hari, sempena Hari Paska dan Hari Easter 2019. Mari kita merenungkan Pengorbanan Teragung itu dan naikkanlah ucapan syukur kita kepada-Nya.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video