Yeremia 1:4-9

Verse Images for Yeremia 1:4-9

Yeremia 1:4-9 - Firman TUHAN datang kepadaku demikian,
“Sebelum Aku membentuk engkau dalam kandungan,
Aku telah mengenal engkau,
sebelum engkau keluar dari rahim,
Aku telah mentahbiskan engkau.
Aku telah melantik engkau sebagai nabi kepada bangsa-bangsa.”
Tetapi aku berkata, “Aduh, ya Tuhan ALLAH! Sesungguhnya, aku tidak tahu bertutur, kerana aku ini masih muda lagi.”
Firman TUHAN kepadaku, “Jangan katakan, ‘Aku ini masih muda lagi,’ kerana engkau harus pergi ke mana-mana sahaja Aku mengutusmu, dan engkau harus menyampaikan apa-apa sahaja yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut kepada mereka, kerana Aku menyertai engkau dan akan membebaskan engkau,” demikianlah firman TUHAN.
Lalu TUHAN menghulurkan tangan-Nya dan menjamah mulutku. Firman TUHAN kepadaku, “Sesungguhnya, Aku memberitahukan firman-Ku kepadamu.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami