Yesaya 9:2-7

Imej Ayat untuk Yesaya 9:2-7

Yesaya 9:2-7 - Bangsa yang berjalan dalam kegelapan
telah melihat cahaya yang gemilang.
Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut,
cahaya telah bersinar.
Engkau melipatgandakan jumlah bangsa itu,
Engkau memperbesar sukacita mereka.
Mereka bersukacita di hadapan-Mu,
seperti orang bersukacita pada musim menuai,
seperti orang bergembira
apabila membahagi-bahagikan jarahan,
kerana kuk yang ditanggung mereka
dan kayu pikulan di bahu mereka,
iaitu tongkat para penindas mereka,
telah Kauhancurkan seperti pada zaman orang Midian.
Setiap sepatu yang berderap dalam deru peperangan
dan pakaian yang berlumuran darah
akan dibakar dan menjadi bahan bakar untuk api.
Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita,
seorang putera telah dikurniakan bagi kita.
Di atas bahunya tampuk pemerintahan,
dan namanya akan disebut:
Penasihat Ajaib, Allah Perkasa,
Bapa Kekal, Raja Damai.
Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai
tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya.
Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya.
Semangat TUHAN alam semesta,
yang meluap-luap bagi umat-Nya
akan membuat semua hal ini terjadi.Yesaya 9:2-7 - Bangsa yang berjalan dalam kegelapan

akan membuat semua hal ini terjadi.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Yesaya 9:2-7