Ibrani 8:6-13

Ibrani 8:6-13 AVB

Tetapi sekarang Dia telah mendapat jawatan yang lebih tinggi, kerana Dia juga menjadi Pengantara bagi perjanjian yang lebih baik, yang diasaskan pada janji-janji yang lebih baik. Andainya perjanjian pertama itu tidak bercela, tidaklah perlu diadakan perjanjian lagi. Tetapi Allah telah mendapati mereka bercela lalu berfirman: “Lihatlah, akan tiba harinya, firman Tuhan, apabila Aku membuat perjanjian baru dengan keturunan kaum Israel dan dengan keturunan kaum Yehuda — tidak seperti perjanjian yang telah Kubuat dengan nenek moyang mereka ketika Aku membimbing tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari Tanah Mesir, kerana mereka tidak terus-menerus memegang janji-Ku, lalu Aku berpaling daripada mereka; demikian firman Tuhan. Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu, Tuhan berfirman. Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya, atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah Tuhan,’ kerana semuanya akan mengenal-Ku, daripada yang terkecil kepada yang terbesar. Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi.” Dengan menyebut “perjanjian baru,” Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami