Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat. Melalui iman nenek moyang kita telah dipuji. Melalui iman kita mengerti bahawa semesta alam dibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segala yang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yang dapat dilihat. Melalui iman Habel telah mempersembahkan kepada Allah korban yang lebih baik daripada yang dipersembahkan oleh Kain. Dengan demikian dia mendapat kesaksian bahawa dia seorang yang benar; Allah memberikan kesaksian tentang persembahannya. Oleh itu, setelah Habel mati pun, dia masih berkata-kata. Melalui iman Henokh dipindahkan supaya dia tidak mengalami kematian, dan tidak dapat dijumpai kerana Allah telah memindahkannya; kerana sebelum dia dipindahkan, dia telah menerima kesaksian, bahawa dia mendapat keredaan Allah. Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya. Melalui iman Nuh, yang diberi amaran tentang perkara-perkara yang belum dilihat, telah bertindak dengan rasa takut akan Allah. Nuh telah menyediakan bahtera untuk menyelamatkan seisi rumahnya. Dengan demikian dia telah menghukum dunia dan mewarisi perbenaran menurut iman. Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi.
Baca Ibrani 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 11:1-8
7 hari
Kehidupan yang menggembirakan dan bermatlamat didasarkan pada hubungan, cinta dan iman. Sekiranya anda mencari kejelasan mengenai rancangan Tuhan untuk hidup anda, ikuti pelan ini untuk membantu memfokuskan pencarian dan penemuan anda. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian's Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt.
12 Days
This Bible Plan is for anyone who’s hurting and doesn’t understand why. If you’ve lost something, someone, or your faith feels stretched to the breaking point, then this Bible Plan from Life.Church Pastor Craig Groeschel’s book, Hope in the Dark, might be exactly what you need. If you want to believe, but you’re not sure how, this is for you.
24 Days
There’s no way you can be all God wants you to be and fulfill the purposes that you were put on this planet to fulfill without any help. We need each other, and we belong to each other in the Body of Christ! In this series, Pastor Rick explains how to do life in relationship to other people.
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video