Apabila hampir genap tujuh hari, beberapa orang Yahudi dari Asia terpandang Paulus di dalam Bait Suci. Mereka menghasut orang ramai lalu menangkap Paulus sambil berseru, “Hai orang Israel, marilah tolong kami! Inilah dia orang yang menyebarkan di merata-rata ajaran yang menghina kaum kita, Taurat dan Bait Suci. Dia juga telah membawa orang Yunani ke dalam Bait Suci, menajiskan tempat suci ini.” Mereka berkata begitu kerana pernah melihat Trofimus orang Efesus bersama Paulus di kota itu lalu mereka menyangka bahawa Paulus telah membawanya ke dalam Bait Suci. Ini menggemparkan semua orang Yahudi di kota itu lalu mereka berlari dan berhimpun mengerumuni Paulus. Mereka menangkapnya dan menyeretnya ke luar Bait Suci. Semua pintu Bait Suci pun segera ditutup. Ketika mereka hendak membunuhnya, ketua pasukan tentera mendengar bahawa seisi kota Yerusalem sedang merusuh. Dia segera membawa beberapa orang ketua tentera dan askar-askar untuk mendapatkan perusuh-perusuh itu. Apabila melihat mereka datang, perusuh-perusuh itu berhenti memukul Paulus.
Baca Kisah Para Rasul 21
Kongsi
Ketika Paulus hendak dibawa masuk ke dalam kubu, dia berkata kepada ketua pasukan tentera itu, “Bolehkah aku menyatakan sesuatu kepadamu?” Ketua pasukan tentera itu berkata, “Kamu tahu bahasa Yunani?
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 21:27-32, 37
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video