KISAH RASUL-RASUL 21:27-32,37
KISAH RASUL-RASUL 21:27-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila hampir genap tujuh hari, beberapa orang Yahudi dari Asia terpandang Paulus di dalam Bait Suci. Mereka menghasut orang ramai lalu menangkap Paulus sambil berseru, “Hai orang Israel, marilah tolong kami! Inilah dia orang yang menyebarkan di merata-rata ajaran yang menghina kaum kita, Taurat dan Bait Suci. Dia juga telah membawa orang Yunani ke dalam Bait Suci, menajiskan tempat suci ini.” Mereka berkata begitu kerana pernah melihat Trofimus orang Efesus bersama Paulus di kota itu lalu mereka menyangka bahawa Paulus telah membawanya ke dalam Bait Suci. Ini menggemparkan semua orang Yahudi di kota itu lalu mereka berlari dan berhimpun mengerumuni Paulus. Mereka menangkapnya dan menyeretnya ke luar Bait Suci. Semua pintu Bait Suci pun segera ditutup. Ketika mereka hendak membunuhnya, ketua pasukan tentera mendengar bahawa seisi kota Yerusalem sedang merusuh. Dia segera membawa beberapa orang ketua tentera dan askar-askar untuk mendapatkan perusuh-perusuh itu. Apabila melihat mereka datang, perusuh-perusuh itu berhenti memukul Paulus.
Kisah Para Rasul 21:37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Paulus hendak dibawa masuk ke dalam kubu, dia berkata kepada ketua pasukan tentera itu, “Bolehkah aku menyatakan sesuatu kepadamu?” Ketua pasukan tentera itu berkata, “Kamu tahu bahasa Yunani?
KISAH RASUL-RASUL 21:27-32 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila jangka waktu tujuh hari hampir berakhir, beberapa orang Yahudi dari daerah Asia melihat Paulus di dalam Rumah Tuhan. Mereka menghasut orang ramai lalu menangkap Paulus. Mereka berseru, “Hai orang Israel, tolong! Inilah orang yang pergi ke serata tempat dan mengajar semua orang menentang bangsa Israel, Taurat Musa, dan Rumah Tuhan ini. Malahan sekarang dia membawa orang bukan Yahudi ke dalam Rumah Tuhan. Dia telah menajiskan tempat yang suci ini!” ( Mereka berkata demikian, kerana mereka nampak Trofimus orang Efesus itu bersama-sama Paulus di kota. Mereka menyangka Paulus telah membawa dia ke dalam Rumah Tuhan.) Seluruh kota itu menjadi kacau-bilau; semua orang berlari bersama-sama dan menangkap Paulus lalu menyeret dia keluar dari Rumah Tuhan. Dengan segera pintu Rumah Tuhan ditutup. Sementara perusuh-perusuh itu cuba membunuh Paulus, komandan pasukan Roma diberitahu bahawa seluruh Yerusalem sedang merusuh. Dengan segera komandan membawa beberapa orang pegawai tentera serta askar, lalu cepat-cepat pergi ke tempat huru-hara itu. Semasa orang ramai itu melihat komandan dengan askarnya, mereka berhenti memukul Paulus.
KISAH RASUL-RASUL 21:37 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila askar-askar hampir sampai ke kubu, Paulus berkata kepada komandan itu, “Bolehkah saya bercakap sebentar dengan tuan?” Komandan itu berkata, “Kamu dapat berbahasa Yunani!
KISAH RASUL-RASUL 21:27-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Shahadan apabila hampir gŭnap tujoh hari itu, maka adalah bŭbrapa orang Yahudi deripada Asia, dŭmi dilihat ulih marika itu akan Paulus dalam ka’abah, maka diharaukannya akan sagala kaum itu, sŭrta ditanganinya akan dia. Sambil bŭrtriak, katanya, Hie sagala orang Israil, tulonglah, iya inilah orang yang mŭngajar orang sana sini atas pŭrkara yang mŭlawan kaum, dan tauret, dan tŭmpat ini; dan lagi iya tŭlah mŭmasokkan bŭbrapa orang Grika kŭdalam ka’abah, sŭrta mŭnŭjiskan tŭmpat suchi ini. (Kŭrna dahulu marika itu tŭlah mŭlihat Trofimus orang Efesus itu sŭrtanya dalam nŭgri, maka adalah pada sangka marika itu Paulus tŭlah mŭmasokkan dia kŭdalam ka’abah.) Maka gŭmparlah dalam nŭgri itu, sŭrta bŭrkrumunlah kaum itu, lalu ditangkapnya akan Paulus dihelakannya kluar ka’abah, maka skutika itu juga pintu ka’abah itu pun tŭrkunchilah. Adapun tŭtkala handak dibunohnya akan dia, lalu datanglah khabar kapada pŭnghulu orang sa’ribu yang mŭmrentahkan pasukan lashkar, bahwa sagala nŭgri Jerusalem pun huru hara adanya, Maka skutika itu juga dibawa ulih pŭnghulu itu bŭbrapa lashkar, dan pŭnghulu orang sa’ratus, lalu bŭrlari datang mŭndapatkan marika itu, maka apabila dilihat ulih marika itu akan pŭnghulu orang sa’ribu itu sŭrta dŭngan sagala lashkar, maka bŭrhŭntilah iya deripada mŭmukol Paulus.