1 Yohanes 4:7-19

1 Yohanes 4:7-19 AVB

Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal. Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita. Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi. Tiada siapa pernah melihat Allah tetapi jika kita kasih-mengasihi, Allah tetap ada di dalam kita dan kasih-Nya disempurnakan di dalam diri kita. Oleh sebab Allah telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita, tahulah kita bahawa kita tetap ada di dalam Allah dan Allah di dalam kita. Kami telah melihat Anak dan menyebarkan berita bahawa Bapa telah menghantar Anak-Nya sebagai Kristus, Penyelamat dunia ini. Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah. Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia. Dengan cara ini, kasih disempurnakan dalam diri kita supaya kita berani pada Hari Penghakiman nanti kerana hidup kita di dunia ini sama seperti hidup Kristus di dunia. Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna. Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 1 Yohanes 4:7-19

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami