1 Tawarikh 28:2-3, 6-12

1 Tawarikh 28:6-12 AVB

Firman-Nya kepadaku, ‘Anakmu Salomo, dialah yang akan membina bait dan pelataran-Ku, kerana Aku telah memilih dia untuk menjadi anak bagi-Ku dan Aku akan menjadi Bapa baginya. Aku akan mengukuhkan kerajaannya untuk selama-lamanya jika dia tetap mematuhi segala perintah dan peraturan-Ku seperti pada hari ini.’ Maka sekarang, di hadapan mata semua orang Israel, jemaah TUHAN, dan dengan didengar oleh Allah kita, kukatakan kepadamu peganglah teguh dan taatilah segala perintah TUHAN, Allahmu. Dengan demikian kamu dapat tetap memiliki negeri yang baik ini dan mewariskannya sebagai harta pusaka kepada para anakmu kelak untuk selama-lamanya. Engkaulah, anakku Salomo, kenalilah Allah ayahmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan hati yang tulus dan jiwa yang ikhlas, kerana TUHAN mengerti setiap hati dan mengerti setiap angan-angan serta fikiran. Jika engkau mencari hadirat-Nya, maka Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika engkau meninggalkan-Nya, maka Dia akan membuang engkau untuk selama-lamanya. Berwaspadalah sekarang, kerana engkau telah dipilih TUHAN untuk membina sebuah bait sebagai tempat suci. Kuatkanlah hatimu dan laksanakanlah perkara itu.” Kemudian Daud memberikan kepada Salomo, anaknya, rajah serambi Bait Suci, rumah-rumahnya, perbendaharaannya, bilik-bilik atasnya, bilik-bilik dalamnya, dan tempat bagi korban pendamaian. Diberikannya juga rajah berkenaan semua yang ada dalam fikirannya mengenai laman dalaman rumah TUHAN dan semua bilik yang mengelilinginya, mengenai perbendaharaan Bait Allah dan perbendaharaan persembahan suci

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami