1 TAWARIKH 28:2-3,6-12

1 TAWARIKH 28:6-12 Alkitab Berita Baik (BM)

TUHAN berfirman kepada beta begini, ‘Salomo anakmu akan membina sebuah rumah bagi-Ku. Aku telah memilih dia menjadi anak-Ku, dan Aku menjadi Bapanya. Jika dia sungguh-sungguh tetap mentaati segala hukum dan perintah-Ku seperti yang dilakukannya sekarang, maka Aku akan mengukuhkan kerajaannya selama-lamanya.’ ” Kemudian Raja Daud bertitah lagi, “Oleh itu, hai rakyat beta, di hadapan Allah kita dan di hadapan perhimpunan segenap Israel, umat TUHAN ini, beta minta dengan sungguh-sungguh supaya kamu mentaati segala perintah TUHAN, Allah kita. Dengan demikian kamu dapat tetap memiliki negeri yang baik ini dan mewariskannya kepada keturunan kamu sampai selama-lamanya.” Lalu kepada Salomo, Raja Daud bertitah, “Hai putera beta, hendaklah Allah yang disembah ayahandamu, engkau akui sebagai Allahmu. Engkau harus mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas dan rela hati, kerana Dia tahu akan segala fikiran dan keinginan hati kita. Jika engkau mencari Dia, engkau akan mendapatkan Dia, tetapi jika engkau meninggalkan Dia, Dia akan menolak engkau selama-lamanya. Ingatlah baik-baik bahawa TUHAN telah memilih engkau untuk membina rumah yang khas bagi Dia. Oleh itu, sekarang laksanakanlah tugas itu dengan cekal hati.” Kemudian Raja Daud memberikan pelan Rumah TUHAN kepada Salomo, dan juga pelan stor-stor, bilik-bilik lain, serta Bilik Maha Suci, iaitu tempat pengampunan dosa. Raja Daud memberikan semua pelan yang telah difikirkannya kepada Salomo, iaitu pelan halaman-halaman dengan bilik-bilik di sekelilingnya, dan pelan stor-stor perkakas Rumah TUHAN, serta pelan stor-stor penyimpanan pemberian untuk TUHAN.

1 Tawarikh 28:6-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Firman-Nya kepadaku, ‘Anakmu Salomo, dialah yang akan membina bait dan pelataran-Ku, kerana Aku telah memilih dia untuk menjadi anak bagi-Ku dan Aku akan menjadi Bapa baginya. Aku akan mengukuhkan kerajaannya untuk selama-lamanya jika dia tetap mematuhi segala perintah dan peraturan-Ku seperti pada hari ini.’ Maka sekarang, di hadapan mata semua orang Israel, jemaah TUHAN, dan dengan didengar oleh Allah kita, kukatakan kepadamu peganglah teguh dan taatilah segala perintah TUHAN, Allahmu. Dengan demikian kamu dapat tetap memiliki negeri yang baik ini dan mewariskannya sebagai harta pusaka kepada para anakmu kelak untuk selama-lamanya. Engkaulah, anakku Salomo, kenalilah Allah ayahmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan hati yang tulus dan jiwa yang ikhlas, kerana TUHAN mengerti setiap hati dan mengerti setiap angan-angan serta fikiran. Jika engkau mencari hadirat-Nya, maka Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika engkau meninggalkan-Nya, maka Dia akan membuang engkau untuk selama-lamanya. Berwaspadalah sekarang, kerana engkau telah dipilih TUHAN untuk membina sebuah bait sebagai tempat suci. Kuatkanlah hatimu dan laksanakanlah perkara itu.” Kemudian Daud memberikan kepada Salomo, anaknya, rajah serambi Bait Suci, rumah-rumahnya, perbendaharaannya, bilik-bilik atasnya, bilik-bilik dalamnya, dan tempat bagi korban pendamaian. Diberikannya juga rajah berkenaan semua yang ada dalam fikirannya mengenai laman dalaman rumah TUHAN dan semua bilik yang mengelilinginya, mengenai perbendaharaan Bait Allah dan perbendaharaan persembahan suci

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami