Injil Lukas 16

16
FATSAL XVI.
1DAN lagi kata Isa pula kapada murid muridnya, Maka adalah sa’orang kaya anu yang ada sa’orang juru kunchinya, maka iya itu tŭlah ditudohkan orang akan mŭmboruskan barang barang tuannya.
2Maka dipanggilnya akan dia, sŭrta katanya, Bagimanakah itu aku mŭnŭngar ini deri padamu? Brilah kira kira deri hal jawatanmu, kŭrna angkau ta’bulih lama lagi mŭnjadi juru kunchi.
3Sŭtlah itu maka bŭrfikirlah juru kunchi itu dalam hatinya, apakah aku handak buat, kŭrna tuanku tŭlah mŭngambil deri padaku akan jawatan ini; aku ta’bulih mŭnggali, minta sŭdŭkah pun aku malu.
4Maka tĹ­ntulah aku handak bĹ­rbuat ini, maka apabila aku dipĹ­chatnya deripada jawatanku itu, bulihlah ditrima ulih orang orang akan daku kĹ­dalam rumah rumahnya.
5Maka dĹ­ngan hal yang dĹ­mkian, dipanggilnyalah skalian hutang hutangan tuannya, maka katanya kapada yang pĹ­rtama, Brapakah hutangmu kapada tuanku?
6Maka katanya, Sa’ratus sukatan minyak. Maka katanya kapadanya, Ambillah suratmu, dudoklah lŭkas, tulislah lima puloh.
7Sŭtlah itu katanya kapada yang lain, Brapakah ada hutangmu? Maka jawabnya, Sa’ratus sukatan gandom. Maka katanya kapadanya, Ambillah suratmu, dan tulislah dŭlapan puloh.
8Maka tuannya itupun mĹ­mujilah akan juru kunchi helat itu, sĹ­bab iya tĹ­lah bĹ­rbuat dĹ­ngan akal, kĹ­rna orang dunia ini dalam kĹ­turonannya itu tĹ­rlebih bĹ­rakal deripada anak anak trang.
9Maka aku bĹ­rkata kapadamu, Jadikanlah bagie dirimu sahabat sahabat kapada kĹ­kayaan yang tiada bĹ­nar, supaya apabila angkau rugi kĹ­lak, bulihlah angkau ditrima kĹ­dalam kĹ­dudokkan yang kĹ­kal.
10Adapun orang yang sĹ­tiawan dalam pĹ­rkara yang sĹ­dikit itu, maka iya itu kĹ­lak sĹ­tiawan juga dalam pĹ­rkara yang banyak; maka orang yang tiada bĹ­nar dalam pĹ­rkara yang sĹ­dikit itu, maka iya itu kĹ­lak tiada bĹ­nar kapada pĹ­rkara yang banyak.
11Maka sĹ­bab itu jikalau angkau tiada sĹ­tiawan akan kĹ­kayaan yang tiada bĹ­nar itu, siapakah kĹ­lak akan mĹ­nyĹ­rahkan kapadamu kĹ­kayaan yang bĹ­nar itu?
12Maka jikalau kiranya angkau tiada sĹ­tiawan kapada barang orang lain, siapakah kĹ­lak akan mĹ­mbri kapadamu yang angkau punya sĹ­ndiri?
13¶ Tiada bulih sa’orang hamba itu bŭrtuankan dua orang, kŭrna dapat tiada kŭlak iya mŭmbŭnchi akan salah suatu, dan mŭngasihi suatu; atau iya pŭgang akan suatu, dan dibŭnchikannya yang lain. Tiada bulih kamu mŭnjadi hamba kapada Allah, dan kŭkayaan dunia itu.
14Maka orang orang Farisia pun yang ada mĹ­naroh loba mĹ­nĹ­ngar akan sagala pĹ­rkara pĹ­rkara ini, maka marika itu mĹ­nistakan akan dia.
15Maka kata Isa kapada marika itu, Kamulah juga yang mĹ­mbĹ­narkan dirimu sĹ­ndiri dihadapan manusia, tĹ­tapi dikĹ­tahui Allah akan hatimu, kĹ­rna pĹ­rkara yang sangat diindahkan ulih manusia, itulah kabĹ­nchian kapada fihak Allah.
16Adapun Tauret dan surat nabi nabi itu iya itu sampie kapada Yahya, maka deripada zaman itu, krajaan Allah itu tĹ­lah dimashorkan, maka tiap tiap orang mĹ­ngasak masok dalamnya.
17Maka tĹ­rlebih sĹ­nanglah kiranya langit dan bumi ini lĹ­nyap, deripada satu nokta deri pada Tauret dihilangkan.
18Maka barang siapa mĹ­mbuangkan bininya, dan kahwen kapada yang lain, maka iya itu bĹ­rzinah; maka barang siapa yang kahwen dĹ­ngan pĹ­rampuan yang dibuangkan ulih lakinya itu pun bĹ­rzinah.
19¶ Maka adalah sa’orang kaya anu yang tŭlah mŭmakie pakiean ungu dan khasa nipis, dan makan pada tiap tiap hari dŭngan lazatnya.
20Maka adalah sa’orang anu mŭminta sŭdŭkah yang bŭrnama Lazaras, yang ada tŭrlŭtak dipintu luar orang kaya itu, pŭnoh dŭngan luka luka.
21Maka iya itu ingin handak makan akan sisa sisa yang jatoh deripada meja orang kaya itu; dan lagi pula anjing anjing datang mĹ­njilat luka lukanya itu.
22Maka skali pĹ­rstua, maka matilah orang yang mĹ­minta sĹ­dĹ­kah itu, maka iya itu diangkat ulih mĹ­liekat mĹ­liekat dibawanya karibaan Ibrahim; maka orang kaya itu pun matilah, lalu ditanamkan.
23Maka dalam nĹ­raka diangkatnya matanya ulih sĹ­bab sĹ­ngsaranya itu, maka dilihatnya Ibrahim deri jauh, dan Lazaras itu dalam rebaannya.
24Maka bĹ­rsrulah iya sĹ­rta bĹ­rkata, Bapa Ibrahim, kasihankanlah akan daku, surohkanlah Lazaras itu supaya dichĹ­lopkannya hujong jarinya dalam ayer, akan mĹ­nyĹ­jokkan lidahku, kĹ­rna aku sĹ­ngsara dalam nyala ini.
25Tapi kata Ibrahim, Anak, ingat, maka angkau pada masa hidopmu tĹ­lah mĹ­nĹ­rima harta bĹ­ndamu yang baik baik, maka dĹ­mkian lagi Lazaras itu mĹ­nĹ­rima bĹ­nda yang jahat jahat; tĹ­tapi skarang iya dihiborkan, maka angkau disĹ­ngsarakan.
26Maka tambahan lagi, adalah diantaramu dŭngan kami suatu kŭluboran bŭsar tŭhantar, maka sŭbab itulah tiada dapat dilalui ulih orang deri sini katŭmpatmu itu, atau orang deri sana pun mŭlalui datang kŭmari ta’bulih.
27SĹ­tlah itu maka kata orang kaya itu, SĹ­bab itu aku mintalah kapadamu bapa, supaya angkau surohkan dia kĹ­rumah bapaku:
28KĹ­rna adalah bagieku lima orang saudara, supaya bulih iya mĹ­nyatakan kapada marika itu, asal janganlah marika itu pun masok kĹ­dalam tĹ­mpat sĹ­ngsara ini.
29Kata Ibrahim kapadanya, Adalah kapada marika itu surat Musa dan nabi nabi, biarlah marika itu mĹ­nĹ­ngar akan pĹ­rkataannya.
30Maka katanya, Tidak bapa Ibrahim, tŭtapi jikalau kiranya sa’orang deripada orang mati pŭrgi kapada marika itu, nantilah marika itu bŭrtaubat.
31Maka kata Ibrahim kapadanya, Jikalau marika itu tiada mahu mŭnŭngar akan pŭrkataan Musa dan nabi nabi, ta’kan bulih marika itu ditŭmplakkannya, mŭski pun ulih sa’orang yang bŭrbangkit deripada matinya.

Terpilih Sekarang Ini:

Injil Lukas 16: KEAS

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk