Dan orang asing yang mengikatkan diri kepada TUHAN untuk beribadat kepada-Nya,
untuk mengasihi nama TUHAN,
dan untuk menjadi hamba-Nya,
iaitu semua yang memelihara hari Sabat supaya tidak dicemari
dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku,
mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci
dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku.
Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku,
kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.”