YESAYA 56:6-7
YESAYA 56:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman kepada orang bangsa asing yang telah menjadi sebahagian daripada umat-Nya, yang mengasihi Dia dan berbakti kepada-Nya, yang merayakan hari Sabat serta berpegang teguh pada perjanjian-Nya, “Aku akan membawa kamu ke Sion, bukit-Ku yang suci. Aku akan memberi kamu kegembiraan di dalam rumah doa-Ku. Aku akan menyambut korban-korban yang kamu persembahkan di mazbah-Ku. Rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi semua bangsa.”
YESAYA 56:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan orang asing yang mengikatkan diri kepada TUHAN untuk beribadat kepada-Nya, untuk mengasihi nama TUHAN, dan untuk menjadi hamba-Nya, iaitu semua yang memelihara hari Sabat supaya tidak dicemari dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku, mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku. Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku, kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.”