Sambil tertawa-tawa para perempuan itu menyanyi berbalas-balasan, kata mereka,
“Saul menumpaskan beribu-ribu musuh,
dan Daud berpuluh-puluh ribu.”
Lalu teramat marahlah Saul. Hatinya tidak berkenan dengan kata-kata itu, kerana fikirnya, “Bagi Daud disebutkan mereka berpuluh-puluh ribu, tetapi bagiku disebutkan mereka beribu-ribu sahaja. Apakah lagi yang akan diperolehnya kalau bukan kerajaan ini?”