1
1 Samuel 17:45
Alkitab Versi Borneo
AVB
Kata Daud kepada orang Filistin itu, “Engkau datang kepadaku dengan pedang, tombak, dan lembing, tetapi aku datang kepadamu dengan nama TUHAN alam semesta, iaitu Allah barisan perang orang Israel yang kaucemuh itu.
Bandingkan
Selidiki 1 Samuel 17:45
2
1 Samuel 17:47
dan seluruh jemaah ini akan tahu bahawa TUHAN tidak menyelamatkan dengan pedang dan tombak, kerana peperangan ini sememangnya milik TUHAN dan Dia akan menyerahkan kamu ke dalam tangan kami.”
Selidiki 1 Samuel 17:47
3
1 Samuel 17:37
Kata Daud lagi, “TUHAN, yang telah melepaskan hamba daripada cakar singa serta cakar beruang, akan melepaskan hamba daripada tangan orang Filistin ini.” Kata Saul kepada Daud, “Pergilah, semoga TUHAN menyertai engkau.”
Selidiki 1 Samuel 17:37
4
1 Samuel 17:46
Pada hari ini juga TUHAN akan menyerahkan engkau ke dalam tanganku. Aku akan menumpaskanmu dan memenggal kepalamu. Pada hari ini juga akan kuberikan bangkai pasukan Filistin kepada burung-burung di udara dan kepada binatang-binatang di bumi. Dengan demikian seluruh bumi akan tahu bahawa ada Allah di Israel
Selidiki 1 Samuel 17:46
5
1 Samuel 17:40
Daud mengambil tongkatnya lalu memilih lima butir anak batu yang licin dari sungai. Dia memasukkan batu-batu itu ke dalam kantung gembala miliknya, dan membawa tarbilnya. Setelah itu, dia pun maju mendekati orang Filistin itu.
Selidiki 1 Samuel 17:40
6
1 Samuel 17:32
Kemudian Daud berkata kepada Saul, “Janganlah ada seorang pun yang tawar hati kerana orang itu. Hambamu ini akan pergi bertarung menghadapi orang Filistin itu.”
Selidiki 1 Samuel 17:32
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video