Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan ROMA 12:1

Jangan Berpuas Hati dengan Keselamatan
3 Hari
Jika suara tidak berkeyakinan, keraguan, dan ketakutan tidak ditangani, ia akan menentukan hidup anda. Anda tidak boleh menyenyapkan suara ini atau tidak mengendahkannya. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Sarah Jakes Roberts menunjukkan anda bagaimana melawan batasan masa silam anda dan menerima hal yang tidak menyenangkan untuk menjadi tidak dapat dihentikan.

Mempelajari Disiplin Rohani
4 Hari
Dalam pelan ini, anda dan anak anda akan meneliti empat disiplin rohani: berpuasa, bertafakur, mengkaji Alkitab, dan bersembah. Anda akan didorong untuk berbual secara jujur tentang cabaran mengamalkan disiplin ini, dan melalui aktiviti yang menawan dan merangsang fikiran, anda akan mula melihat disiplin ini lebih sebagai hak istimewa daripada kerja. Setiap hari termasuk peringatan doa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

Mengalami Pembaharuan Allah
5 Hari
Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini, anda akan mendalami apa yang dinyatakan dalam Firman Allah tentang pembaharuan. Pada setiap hari, anda akan menerima bacaan Alkitab dan renungan ringkas yang akan membantu anda merenungkan cara-cara yang berlainan di mana kita dapat mengalami pembaharuan Allah.

Apabila Anda Tidak Memahami Tuhan
5 Hari
Kita semua pernah tertanya-tanya tentang Tuhan—beberapa pertanyaan telah dijawab dan beberapa lagi belum. Kebenaran yang kita pelajari daripada Alkitab akan membantu kita mencari jawapan untuk banyak pertanyaan kita. Untuk jawapan yang tidak difahami atau pertanyaan yang masih belum terjawab, marilah kita menjadikannya dorongan untuk lebih mencari Tuhan.

Makanan
7 Hari
Makanan boleh menjadi pujaan seperti benda yang lain. Makanan boleh menguasai fikiran anda, sikap anda, dan tindakan anda. Sesetengah orang memuja makanan dengan memakan terlalu banyak dan yang lain pula memuja makanan dengan tidak memakan secukupnya. Pelan tujuh hari ini akan membantu anda membina perspektif yang sihat tentang makanan dengan merujuk kepada Alkitab, "roti hidup". Untuk maklumat lanjut, layari finds.life.church

Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan dengan Kebijaksanaan Alkitabiah
8 Hari
Meningkatkan kemampuan kepimpinan kita adalah kritis sekarang ini. Kita mesti meluaskan, membesarkan, memaksimumkan, dan mengembangkan keupayaan kepimpinan kita untuk mengharungi persekitaran kita yang berubah-ubah. Teknologi yang berkembang pesat, perubahan dinamik pekerja/pasukan, dan perubahan ekonomi hanyalah beberapa isu yang dihadapi. Walau bagaimanapun, jangan memandang meningkatkan kemampuan kepimpinan kita sebagai sesuatu yang dilakukan di tempat kerja sahaja. Kita mesti meningkatkan kemampuan kepimpinan kita di rumah dan dalam hubungan kita. Menyelami pelan ini hari ini untuk memperoleh wawasan kepimpinan yang praktikal dan relevan.

Karol: Renungan Krismas
25 Hari
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.