YouVersion Logo
Search Icon

EZRA 2

2
Senarai Orang yang Kembali dari Pembuangan
(Neh 7.4-73)
1Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan Babilonia lalu kembali ke Yehuda dan Yerusalem, masing-masing ke kotanya sendiri. Mereka telah tinggal dalam pembuangan di Babilonia sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan. 2Para pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana.
Inilah senarai orang Israel dengan jumlah orang daripada setiap puak yang kembali dari pembuangan:
3-20Paros -- 2,172
Sefaca -- 372
Arah -- 775
Pahat-Moab (keturunan Yesua dan Yoab) -- 2,812
Elam -- 1,254
Zatu -- 945
Zakai -- 760
Bani -- 642
Bebai -- 623
Azgad -- 1,222
Adonikam -- 666
Bigwai -- 2,056
Adin -- 454
Ater (juga disebut Hizkia) -- 98
Bezai -- 323
Yora -- 112
Hasum -- 223
Gibar -- 95
21-35Orang yang nenek moyang mereka tinggal di kota berikut ini juga kembali dari pembuangan:
Betlehem -- 123
Netofa -- 56
Anatot -- 128
Asmawet -- 42
Kiryat-Arim, Kefira, dan Beerot -- 743
Rama dan Gaba -- 621
Mikhmas -- 122
Betel dan Ai -- 223
Nebo -- 52
Magbis -- 156
Elam yang lain -- 1,254
Harim -- 320
Lod, Hadid, dan Ono -- 725
Yerikho -- 345
Senaa -- 3,630
36-39Inilah senarai puak imam yang kembali dari pembuangan:
Yedaya (keturunan Yesua) -- 973
Imer -- 1,052
Pasyhur -- 1,247
Harim -- 1,017
40-42Puak orang Lewi yang kembali dari pembuangan:
Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodawya) -- 74
Para penyanyi di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) -- 128
Pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) -- 139
43-54Inilah senarai puak pekerja Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan:
Ziha, Hasufa, Tabaot,
Keros, Siaha, Padon,
Lebana, Hagaba, Akub,
Hagab, Samlai, Hanan,
Gidel, Gahar, Reaya,
Rezin, Nekoda, Gazam,
Uza, Paseah, Besai,
Asna, Meunim, Nefusim,
Bakbuk, Hakufa, Harhur,
Bazlut, Mehida, Harsa,
Barkos, Sisera, Temah,
Neziah, dan Hatifa.
55-57Puak hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan:
Sotai, Soferet, Peruda,
Yaala, Darkon, Gidel,
Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Ami.
58Jumlah keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan ialah 392 orang.
59-60Semua orang yang berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, berjumlah 652 orang. Mereka termasuk puak Delaya, Tobia dan Nekoda, tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.
61-62Puak-puak imam yang berikut ini tidak dapat mencari catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Nenek moyang Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan keturunan puak Barzilai dari Gilead, dan kemudian menggunakan nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam. 63 Gabenor negeri Yehuda melarang mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada Allah, sehingga ada seorang imam yang dapat meminta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.
64-67Jumlah orang buangan yang pulang ke negeri mereka ialah 42,360 orang. Pembantu mereka, lelaki dan perempuan berjumlah 7,337 orang. Para penyanyi lelaki dan perempuan berjumlah 200 orang. Mereka juga membawa binatang mereka:
kuda -- 736
baghal -- 245
unta -- 435
keldai -- 6,720
68Apabila orang buangan itu tiba di Rumah TUHAN di Yerusalem, beberapa orang pemimpin puak memberikan pemberian sukarela untuk membina semula Rumah TUHAN. 69Mereka memberikan sumbangan menurut kesanggupan masing-masing dan jumlahnya ialah 500 kilogram emas, 2,800 kilogram perak, dan 100 helai jubah imam.
70 Para imam, orang Lewi dan sejumlah orang daripada rakyat jelata tinggal di Yerusalem dan sekitarnya. Para penyanyi, para pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN dan para pekerja di Rumah TUHAN serta orang Israel yang lain menetap di kota-kota tempat tinggal nenek moyang mereka dahulu.

Currently Selected:

EZRA 2: BMDC

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy