YouVersion Logo
Search Icon

ULANGAN 34

34
Musa Meninggal
1Kemudian Musa meninggalkan dataran Moab lalu mendaki Gunung Nebo, ke puncak Gunung Pisga di sebelah timur kota Yerikho. Di sana TUHAN menunjukkan seluruh tanah itu kepadanya: wilayah Gilead sampai kota Dan di utara; 2seluruh wilayah Naftali; wilayah Efraim dan Manasye; wilayah Yehuda di sebelah barat sampai ke Laut Tengah; 3bahagian selatan Yehuda; dan dataran dari Zoar sampai ke Yerikho, kota pokok kurma. 4 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Itulah tanah yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub, untuk diberikan kepada keturunan mereka. Aku membenarkan engkau memandangnya tetapi Aku tidak membenarkan engkau pergi ke sana.”
5Kemudian Musa, hamba TUHAN itu, meninggal di tanah Moab, sebagaimana yang sudah difirmankan TUHAN. 6TUHAN mengebumikan dia di suatu lembah di Moab, yang bertentangan dengan kota Bet-Peor. Tetapi sampai hari ini tidak seorang pun tahu tempat kubur itu. 7Musa berumur seratus dua puluh tahun ketika dia meninggal. Waktu dia meninggal, badannya masih kuat dan penglihatannya masih terang. 8Umat Israel berkabung bagi Musa selama tiga puluh hari di dataran Moab.
9TUHAN mengurniakan kebijaksanaan kepada Yosua anak Nun kerana Musa telah melantik dia menjadi penggantinya. Umat Israel taat kepada Yosua serta melakukan perintah yang diberikan TUHAN kepada mereka dengan perantaraan Musa.
10 Sejak itu, tidak ada nabi seperti Musa di Israel; TUHAN berfirman berhadapan muka dengan Musa. 11Tidak ada lagi nabi yang pernah melakukan mukjizat dan keajaiban seperti yang dilakukan Musa; TUHAN menyuruh Musa melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menentang raja Mesir, pegawai-pegawai raja dan seluruh negeri itu. 12Tidak ada nabi lain yang melakukan perbuatan-perbuatan hebat dan dahsyat seperti yang dilakukan Musa di hadapan segenap umat Israel.

Currently Selected:

ULANGAN 34: BMDC

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy