“Ya Tuanku Raja, mereka itu telah berbuat jahat dalam segala hal yang dilakukan mereka terhadap Nabi Yeremia. Mereka memasukkannya ke dalam perigi. Dia akan mati kelaparan di tempat itu kerana tidak ada lagi roti di kota.” Lalu raja memberikan perintah kepada Ebed-Melekh, orang Kush itu, “Bawalah tiga puluh orang dari sini dan angkatlah Nabi Yeremia dari perigi itu sebelum dia mati.”